BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, September 30, 2010

TEENAGERS PROBLEM

A social problem is a condition that at least some people in a community view as being undesirable. Other social problems may be viewed as such by certain groups of people.Teenagers who play loud music in a public obviously do not view it as a problem,but some other people may consider it an undesirable social condition.Some non smokers for example view smoking as an undesirable condition that should be banned or restricted in public buildings.Every newspapers is filled with stories about undesirable social problems.Example include crime,violence,drug abuse,baby abandon,run away from home and other environmental problem.Such social problem can be found at the local,state,national and international levels.

Mimie akhirnya pulang ke Sabah

Sepang 3 Julai – Setelah hampir tiga bulan melarikan diri ke mengikut kekasih pengkidnya, Marnie Abdul Sarang Bangun atau Mimie, 15, akhirnya pulang ke pangkuan keluarganya di Semporna, Sabah, hari ini.

Marnie yang ditemani bapa saudaranya, Ali Bais Ambong, 34, pulang ke kampong halamannya dengan menaiki penerbangan airAsia kira-kira pukul 3 petang.
Menurut Ali Bais, Mimie menghubunginya kira-kira jam 10 malam tadi sebelum menyatakan hasrat untuk pulang dan bertemu keluarnya di Sabah.

“Saya kemudian mengambilnya di sebuah tempat di Stadium Bukit Jalil. Saya bersyukur dengan keputusan Mimie itu.
“Mimie mengaku menyesal dengan perbuatannya (lari dari rumah) dan sudah meminta maaf kepada kedua ibu bapanya.

“Dia juga telah memutuskan hubungan dengan kekasihnya dan berjanji tidak akan ulanginya lagi,” katanya ketika ditemui di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) hari ini.

Tambah Ali Bais, selain ibu bapa Mimie, berita penemuan gadis itu juga telah dimaklumkan kepada Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO.
Sementara it,u Mimie berkata, sepanjang tempoh dia menghilangkan diri, dia tinggal bersama rakan pengkidnya, Norjaimah, 20, di sebuah apartmen di Damansara Permai.

“Segala keperluan harian saya ditanggung oleh Norjaimah yang belajar di sebuah pusat latihan kemahiran.

“Saya tinggal bersama rakan-rakannya yang lain seramai 10 orang,” katanya lagi.

Bapa Mimie, Abdul Sarang, ketika dihubungi hari ini melahirkan rasa syukur dengan kepulangan anaknya dan berterima kasih kepada semua pihak yang telah membantunya.

Mimie, sebelum ini dilaporkan melarikan diri ke Kuala Lumpur sejak 15 April Lalu setelah terpengaruh dengan kekasih pengkidnya.
Bagaimana pun, pada 1 Jun lalu, gadis itu pulang ke rumah bapa saudaranya di Hulu Langat.

Gembira dengan perkhabaran itu, Abdul Sarang sanggup menggadaikan semua barang kemas mereka untuk membeli tiket penerbangan ke Kuala Lumpur.
Namun begitu, mereka sekali lagi hampa setibanya di Kuala Lumpur kerana mendapati anak kesayangan mereka itu sekali lagi melarikan diri.

Utusan Malaysia - July 3rd, 2010 (Emillia)

Remaja tinggalkan rumah selepas ditegur pakai jean

KUANTAN 3 Julai – Hanya kerana dimarahi bapanya disebabkan memakai seluar jean ke sekolah, seorang remaja perempuan berusia 15 tahun sanggup melarikan diri dari rumah.

Che Nanorgiha Che Naza (gambar), pelajar tahun tiga dari Sekolah Menengah Bukit Rangin dekat sini, berbuat demikian sejak lebih seminggu lalu.

Menurut bapanya, Che Naza Che Mud, 51, kejadian bermula apabila anaknya itu dilihat oleh ibunya tidak memakai pakaian seragam ke sekolah, pada hari kejadian.

Katanya, Nanorguha sebaliknya hanya memakai baju kokurikulum berwarna hitam.

“Selang beberapa jam, Nanorguha yang lebih mesra dipanggil ‘kakak’ menghubungi isteri saya dan meminta agar ibunya itu menghantarnya seluar… Ia kerana pihak sekolah menahannya kerana memakai seluar jean.

“saya lalu menghantar seluar seperti diminta Nanorgiha ke sekolah dan kemudian telah menegurnya . Secara tidak sengaja saya telah bertindak kasar ke atasya.

“Sebaik sahaja tamat sesi persekolahan, dia pulang ke rumah tetapi terus keluar semula dengan beg pakaiannya,” katanya ketika datang ke pejabat Utusan Malaysia di sini semalam.

Tambahnya, dia dan isterinya sering menegur Nanorgiha kerana jarang membantu ibunya membuat kerja rumah selain malas mengulang kaji pelajaran.

Katanya, anaknya itu juga sering bercakap dan berbalas mesej menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan seseorang di telefon bimbitnya.

Beliau berkata, dia dan isteri membuat laporan mengenai kehilangan Nanorgiha di Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Kuantan di sini, sehari selepas kejadian.

“Saya merayu kepada Nanorgiha supaya pulang ke pangkuan keluarga. Saya minta maaf jika telah berkasar dengannya dan segala kesalahannya kami ampunkan,” jelasnya.

Lebih menyedihkan tambahnya, isterinyak kini sedang terlantar sakit di rumah dan hilang selera makan kerana terlalu memikirkan keselamatan anaknya itu.

Utusan Malaysia - July 3rd, 2010 (Nurul Emillia)